Thursday 22 December 2011

Apa Politik.

biasa terlempar ke muka.
'apa perlu kau berpolitik?'
aku hujahkan kembali apa yang ku dengari
dalam ceramah siri ustaz azhar.

andai tanpa menjadi kerajaan boleh kau
betulkan kepincangan dalam masyarakat,
ya silakan,
tiada perlu bertanding kerusi.

andai yang membuat arak bermain judi itu kanak kanak,
bisa saja kau marahi tanpa menjadi kerajaan.
bisa saja kau tangani tanpa kepayahan.

namun realiti,
si kerajaan mengaut duit haram.
dengan rela tanpa akal.

dengan nafsu buta.
tanpa diingat dosa.

kita khalifah muka bumi,
bukan tiada makna terlahir di sini,
erti hidup pada memberi,
terus berbakti walau tergadai diri.

CELIK lah wahai anak muda!
bangun tegakkan agama!
hujungnya ada syurga.
akhirnya panjang bahagia. :)

Adam Adli

yes tahniah kepada beliau.
mahasiswa yang celik yang tidak bertopeng jahil.
punya alasan kukuh, pendirian tetap, usaha yang terus.

seorang yang vokal,
whats does that suppose to mean?
maknanya, bijak berkata kata mehujahkan idea.
membentangkan yang benar, menolak anasir celaka dunia.
menutup cerita jahil politik malaysia.

seteru harus terus tegar menegakkan kebenaran,
kerana janji bahagia telah Tuhan tetapkan.
aman dan tenteram bukan mahu hanya di dunia,
tapi sampai sana.

andai adam adli gagal kali ini,
akan terus bangkit pemuda yang lain,
yang celik akalnya,
tidak dipenuhi bodohnya pegangan 'sebangsa' 'semelayu',
apa kau punya agama?
wujudkah kata 'bangsa' dalam agama?
jangan berlagak pandai wahai celaka.
nescaya kau akan menjadi
orang yang sesat lagi menyesatkan.

Wednesday 14 December 2011

Bibir.

perkataan 'transformasi' dan 'revolusi' sememanganya wujud
sebagai kata kerja,
 atau kata nama?
bibir melontar keagungan janji merubah pahit realiti.
namun hanya menghidang perkara yang tak menepati,
serta manis janji yang tidak diingati.

bibir kau kata, manis ayat, itu bukti akal yang ligat,
namun pincang bila perkataan dan perbuatan tidak seiring.
ilmu yang kau ikrar setia untuk berpegang jadikan landasan,
kau jadikan alat meraih undi, melepas diri.
hasilnya mana? buktinya ada?
apa usahanya? 

persoalan yang ku bangkitkan bukan mahu merendahkan
atau menghina, tetapi lahir dari jiwa yang tanya,
mana kebenaran kata kata manusia?
mana lunturnya semua gunanya bahasa?

aku percaya bukan sengaja bahasa itu dicipta,
bila kau kata semut dan cacing pun ada gunanya, 
apatah lagi perkara lain.
jangan buta berbicara tanpa makna.

Aku maafkan kamu wahai katak melalak.

Monday 29 August 2011

VERSUS

selama ini hanya ku dengar,
kisahnya versus,
mencari U-turn ke pangkal jalan.

aku dengar sakit dan perit.
baru ku rasa kini seksanya jiwa.

the question is:
Being the old real or the fake new one?

sebenarnya nafsu mahu berfoya,
sedangkan si jiwa pula meronta,
bertanya mencari mana Tuhannya.

Allah still sayang aku,
dan sentiasa ingatkan aku,
untuk kembali kepadaNya. :)

alhamdulillah.

*semoga kita terus kekal dijalanNya. Ameen. :)

Friday 12 August 2011

sakit.

kesakitan buat kita kuat,
kepedihan buat kita sedar.

hidup di bumi bukan sekadar bersuka ria,
tetapi kembara mencari makna.

bila ujian datang melanda,
jangan terus berduka,
ingat bahawa ada dosa yang terpadam.

belajar bersabar seandainya gagal bersyukur.

*lesson learned.

Sunday 7 August 2011

kata.

deebazack bukanlah sapa sapa,
tapi dia tahu setiap bait yang dia bicara.

kepada siapa yang membaca
karya seni kaku aku ini,
sila jangan abaikan
 walaupun sepatah kata aku.

pasti hilang maknanya nanti.
ini yang dipanggil,
'every word counts'
okay?

* aku A. Samad Said wannabe.

setiap penyakit ada penawarnya.

tahu apa maksudnya?
pain comes will painkillers.

setiap hujan,
akan datang pelangi.

setiap sedih,
akan datang gembira.

konklusi,
bila sedih datang 
jangan endahkan sangat
kehadirannya,

INGAT,
gembira bakal menyusul! :)

*percaya pada Tuhan. 

Friday 5 August 2011

adaptasi.

betulnya,
adaptasikan kehidupan 
mengikut corak Islam.

kini jadinya,
adaptasikan Islam
bersesuaian dengan hidup.

Wednesday 3 August 2011

bangkai.

hikmah ramadhan.
pertama kali, kaki jejak
ke masjid utk terawih di bumi mesir.

baru aku sedar,
selama ini aku bernafas,
tapi hakikatnya roh aku mati,
jauh dari mengingati Ilahi.

makin sayu,
bila imam selingkan
dengan sedikit pesanan dalam arab,
yang tidak semua katanya mampu aku fahamkan,
tapi cukop,
buat aku sedar betapa bangkainya
 aku selama ini.

*cari cinta Ilahi, kembara tanpa henti.

bicara,

biasanya aku lancang bersuara,
bukan mahunya menegang derita,
tetapi menanya mana bahagia.

bukankah berkali Tuhan bekata,
bahagia itu sentiasa ada,
asalkan kuat iman di dada,
bukanlah pada kerasnya kata.

Sunday 31 July 2011

tipu.

orang kata 'tipu' ialah mengatakan yang tidak benar.
sama maksudnya dengan 'bohong'
'temberang' 'kencing' dan sebagainyaaa.

satu lagi jenis tipu manusia tak sedar,
cakap tak serupa bikin
ini juga merupakan penipuan.

sedar sedarlah yong,
kadang kadang kau tu mengata diri sendiri tahu?

*kesian orang yang kena tipu,
tapi lagi kesian orang yang tipu diri sendiri.

banyak janji, berapa ditepati.

kencang gila blog kauu.
ayat bukan main mulia.
tak guna kalau sekadar kata,
tidak lahirnya dari jiwa.

rubbish tahu?

Saturday 30 July 2011

kurang kasih sayang.

paling aku menyampah dengan golongan ini.
macam tak pernah peluk ibu ayah.
macam ibu ayah tak pernah tanya khabar kau,
macam dorang tak bank in duit kat kauu.
macam tak pernah dapat baju raya.
macam tak pernah rasa kasihnya mereka.

jangan kufur nikmat boleh?

itu baru ibu ayah, kasih dan rahmatnya Ilahi.
prihatin rakan rakan.
tak rasa ke satu alam semesta ni sayang kau?

apa yang kurang lagi?

nak tau apa yang kurang,
kurangnya bersyukur.

itu punca rasa tak cukup.

*bimbinglah hati hati kami ya Allah.

jantan.

topik mereka memang
takkan lekang dari mulut perempuan.

tapi agak agak lahh,
sekali cerita sepuluh jantan
kau sembang.

rasa hot?
tak rasa murah?

*ceritalah kat aku kalau nak tangan aku naik.

sikat.

pada suatu hari yang indah permai,
lepak lepak dalam bilik.

ada sikat keluar dari poket seluar dila,
okay, kau hensem dila.

selalu aku tengok jantan je bawak
sikat dalam poket.

sungguh kacak watak kauuu. -_-''

peliks.

manusia.
sentiasa rasa betul.
bila ditegur memang melenting.
bila sejuk,
renungkan balik.
ada betulnya katanya mereka.

ada rompongnya peribadi kita.
lapangkan dada terima cerita.
bukan sengaja mahu mengata,
apatah lagi menambah dosa,
sedarlah ada yang ikhlas mencinta,
menegur khilaf yang tampaknya ada.

tiada yang sempurna kan?

fikirlah,
bukan mahu membenci,
cuma terkadang meluat.

perbaikilah diri.
kalau tak mahu,
tiada tangan yang dapat tolong lagi.

the rest, dont stop praying and hoping okay?
moga ada hari,
dia sedar sendiri nanti.

*salinglah menegur dan mengingatkan. :)

Sunday 10 July 2011

ten years from now

5.00 am, 
waking up suami dan anak anak.
untuk subuh berjemaah.
(berumahtangga)

nafas disedut
sambil bersyukur,
tembakau hilang
sudah terkubur.
(stop smoke)

terus berfikir,
mengarang cerita,
menulis buku menyebar idea.
(nak karang buku)

sudah menguasai segala bahasa,
dari china hingga afrika,
menjejak kaki merata rata,
menjelajah benua menjengah dunia.
(nak belajar banyak bahasa & round bumi)

beranak lima,
berumah biasa,
berkereta sederhana,
berkeluarga bahagia.

bulai,
tinggi impian hendak digapai,
nak lompat tinggi kaki tak sampai,
mari berdoa moga tak lalai,
agar yang mahu dapat dicapai.
(untuk bulai)








Saturday 9 July 2011

X-FACTOR

yo peeps,
we do have x-factor inside us.

*just bring it out. :)

Friday 8 July 2011

ikhlas

do every single thing with PLEASURE,
then you'll realize,

" life had never been sweeter."

*willy wonka.

Sunday 3 July 2011

Saturday 2 July 2011

lupa diri.

kita selalu gopoh,
bila dapat ilmu,
terus nak sebarkan.

itu baik,
cuma selalu manusia lupa.
didik diri dulu,
sebelum kalut nak didik orang.

ilmu itu lengkap bila,
kita faham, amal,
tahu didik diri, lastly tahu 
didik orang.

well, erti hidup pada memberi kannn?




idiot.

kau cerdik boleh lepas test ni,


:)

lawan setan.

syaitan tak pernah 
mengalah nak tarik kita
masuk neraka dengan dia.

kalo kita ni cepat
sangat mengalah.

engat,
takkan nak jadi lagi hina
dari dia?

 setan, bukan seth tan.

*tepuk dada, tanya diri

bukan kerana...

bukan sebab aku bagos 
aku buat blog.

aku buat,
sebagai medium percambahan 
intelektual aku.

perkongsian idea
dan pandangan dengan kau kau.

*aku tau aku tak bagos.

bukti.

memang fitrah manusia,
mahukan bukti 
dalam setiap bicara.


deeba: manusia dalam apepun memang nak bukti.
maira: apesal cakap macam tu?    
deeba: see, kau pun nak bukti kenapa manusia nak bukti.


aku faham
kalau ada manusia
yang sakit jiwa cakap dengan aku.

point dye skg aku 
nak cakap, bukti itu sangat penting.

*bukti in everything. forensik, mahkamah, debat. bukti!

maaf.

sebelum pape,
nak mintak maaf kalo
ade ayat yang mengguris hati sesiapa.

memang kandungan blog ni
hasil penelitian aku
terhadap keadaan sekeliling.

orang orang sekeliling,
no hard feeling okay?
maaf again.

*hati dari yang tulus ikhlas sungguh aku mintak maaf.

blogging.

some of us blogging for nothing,
and the others blogging for something.

*harap aku masuk golongan kedua. 

pengalaman.

"experience is the best teacher."

ya, betul.
pengalaman manis: kejayaan untuk diulangi.
pengalaman pahit: memang padan muka,
jadi jgn buat dah.

tak salah kalau buat silap,
yang salahnya bila duk ulang ulang silap tuuu.
 tak reti ambik pengajaran.

mendengar pengalaman orang lain ni,
ibaratnya macam kau hidup dua kali.

"pengajaran dari kesilapan hidup kau, kau dapat.
pengajaran dari kesilapan hidup orang pun, kau dapat."

kau tak perlu buat kesalahan tu,
tapi kau dapat pengajarannya.
best tak?
free free kot dapat.

satu lagi,
tak rugi kalau cuba banyak benda.
nak hidup sekali je.
pendek pulak tuuu.
life is too short to regret, so make it worth la.

live your life.

*come on! lets try everything yang tak melanggar syariat.


superficial.

benda ni common.
katakanlah,
aku bagi satu tajuk.
'remaja dan gejala sosial'
memang kau boleh huraikan kat aku.
baik punyaaa.
tapi benda ni kalo kau ambik masa
satu hari je nak fikir,
memang sahih ilmu kau superficial saja.

sehari takkan cukop untuk kau tahu,
hakikat sebenar perkara tu.
kau hanya TAHU,
benda tu tak dihadam menjadi ILMU.

orang orang yang berfikir,
ambik masa yang lama.
ilmu dorg jadi deep.

orang orang gagal,
ambik masa singkat.
tahu hanya sekadar tahu.
superficial.

" tahu kulit tak tahu isi "

benda ni, biasanya diamalkan di sekolah.
bila belajar menjadi perkara terpaksa.
aku tahu la, sbb aku pun buat kannn.

zaman membalas dendam dah sampai.

masa untuk bayar hutang.

*harap kesilapan ni tak berulang lagi. engat deeba. tolong ingatkan aku.

HITAM

"maksiat bagai udara,
tiada hati di dalam jiwa,
mahukan syurga berperangai neraka,
halal haram disambut semua,
akhirnya menuding ke arah bapa,
mengasuh dirinya menjadi celaka."

bila maksiat jadi benda biasa,
memang takdak apa nak malu,
takdak pasai nak rasa bedosa.

tanye mmg konfem la semua nak syurga.
semua nak bahagia.

halal haram,
berapa kerat yang jaga?
sbb dah banyak sangat yang haram kan.
masyarakat pun jadi tak kesah.
apa peduli halal haram?

the only target to blame,
parents.

adoi, 
dah besaq, jagalah diri.
kalo tak boleh nak tolong parents masuk syurga,
janganlah jadi sebab untuk dorg masuk neraka.

dah besar kan? fikir sendiri.

*peringatan untuk diri sendiri jugak.

parenting skill.

tahniah kepada israel,
usaha kau menjatuhkan umat Islam
nampak macam berjaya.
tapi bukan selamanya.
sbb kami umat yang dijanjikan 
dengan kemenangan.
bukan loser mcm korg.

parenting skill benda yang
kau kena kumpul dari sekarang,
praktikalnya masa kau ada anak nantilah.

kita ni bodoh,
we need years untuk hadam dengan
lumat sesuatu ilmu tu.

aku taknak lahirkan another me.
mestilah nak anak yang boleh berjuang.
tak tahu lah kalo korg nak lahirkan another you.

medan perjuangan seorang
wanita tak berakhir dengan perkahwinan.
so typical la
orang yang fikir macam ni.

kencang  cakap, 
'think out of the box'
but still,
in the same small black box jugakk.
apa kebenda tah.

kutip ilmu dari sekarang.
nnt kau nak gaduh ngan laki/bini kau,
nak bekelahi dengan anak anak lagi.
kau rasa kalo tak cukop ilmu,
kau boleh ke atasi semua ni?

engat,
israel ngn penyembah penyembah dajal
semua bermatian nak jatuhkan kita.
anak anak kita,
maksudnya masa depan.
selagi hidup berjuang.

'agi idup agi ngelaban'

*kau dah terlalu tua untuk kata ini terlalu awal.

3 idiots.

dah banyak kali aku khatam.
terima kaseh kepada manusia
yang suruh aku tengok cite ni.
utk prevent aku dari jadi
one of the idiot.

deeba: asal tajuk dye 3 idiots? in real life, lebih daripada tu kot .
zack: then nak tajuk dia 3million idiots ka?

malas nk layan.
aku tak suka hindustan,
tapi kali ni aku akur,
filem ni bagos.

nora elena, stanza cinta,
satu pengajaran pun aku tak nampak.

*all iz well 

hetero.

asal manusia dipanggil
'homosapiens'
asal homo?

nampak sangat manusia ni typical.
aku suka manusia yang atypical.

hetero. bukannya homo.

outstanding people. lain dari yang lain.

*manusia yang ada modal untuk dilontar.

pemikiran.

memang sumpah banyak ideologi 
kalo rajin nak bilang.

semuanya hasil penghadaman
pengalaman dan ilmu kepala.
tahap penerimaan pun berbeza.
bukannya sama.

jadi, janganlah nk pangkah orang.
pemikiran tak sama.
mungkin pemikiran orang yang kau tak puas hati tu lebih tinggi.
atau pun ilmu kau yang melangit sampai orang tu
tak boleh nak faham.

janganlah bergaduh kawan. :)
terima perbezaan.

fikir balik,
perlu kah untuk dia jadi macam kau?
ape yang kau tak puas hati sangat?

hidup dengan cara masing masing.
nak gembira bersama,
cari titik persamaan,
titik perbezaan untuk diraikan.

" bekerjasamalah dalam perkara yang kamu sepakati,
dan BERLAPANG DADA lah dalam hal yang tidak kamu sepakati. "

*kau akan bahagia setelah kau benarkan diri kau untuk berasa sedemikian.

dont be GOOD. be GREAT.

penah tulis benda ni kat status fb.
nak cakap,

kenapa nak jadi BAGUS,
sedangkan boleh jadi HEBAT.

"law of attraction."

sangat panjang kalo nk dihuraikan pasal
law of attraction.
pegi beli buku 'the secrets'
kalo tak cukop bajet bukak link ni.

bajet yang rendah 
untuk pemikiran yang tinggi.

sebaliknya pula,
bajet yang tinggi untuk pemikiran 
yang rendah.

macam orang kaya,
yang duit boleh buat bantal tu.
duit pegi buat rambut, manicure, pedicure.
pg shopping, konon uptodate.
jaga luaran top to toe.
dalam kosong.


at last,
good for nothing.

*pengajaran. 

golongan sasaran.

semua orang yg buat blog 
ada golongan sasaran sendiri.

aku tulis mcm ni je,
sbb golongan sasaran aku kawan kawan aku la.

ade yg buat penulisan yang
sangat baik, bersih dan mantap.
aku suka org yg buat blog
disertakan dalil dalil sebagai bukti.
boleh dijadikan rujukan.

tapi aku mampu buat mcm ni je.
aku nak kongsi pemikiran dan idea.
so, kalo nk detail lain,
cari sendiri naaa.

setakat ni, ni je aku mampu.
masa depan,
siapa yang tahu?

*takde siapa pun janjikan esok ada sebenarnya. 
'tomorrow never die' delete perkataan ni dari kamus hidup.


doable deeba.

aku suka pulak perkataan ni.
dajah 5 aku suka perkataan
'berketrampilan'
pekataan ni jumpa dalam buku 
Agama Islam, dajah 5 laa.

sejak tu, bukan main besemangat 
aku turun padang.
join semua acara. 
batak.
berketrampilan sangatlah.

dr, mafeit kata,
'superman'
beliau pakar anesthetic, 
sungguh busy.
tapi tetap ada masa bawak
keluarga melancong, 
pegi daki gunung,
pegi marathon.
bagi talk dekat kanak kanak
 macam ktorg.

kau rasa nnt dah besar kau
mampu buat apa dia buat?

sekarang,
'doable'
nothing impossible.
everything is just doable.
so deeba, 
aku nk tengok apa kau boleh buat.

*fleksible.

ajinomoto vs marijuana

memang best kalo
allergic kepada ajinomoto.

ade yang terus bengong kepala,
ada yang sakit perut  serta merta,
ada juga yang menanggung
rembesan saliva dengan banyaknya.

esok exam histology,
dan aku,
dah masuk hari kedua mabuk 
dek ajinomoto.

ibu pesan, 
selawat syifa'.
baik ibu.

marijuana?
aku tak penah try. 
baru kena ajinomoto pun aku wonder,
mcm mne lah perasaan org yg mabuk.
org yang khayal dengan dadah sume.

semua tahu pun,
rakyat jelata kat malaysia tu.
dah sebati dengan arak, dengan dadah.

*bila mau kasi BERSIH? 




gadis dan wanita.

Al-quran.
Allan and Barbara Peas.
men from mars, woman from venus.

mmg wanita diciptakan sangat indah.
kalo cantik simpan.

Friday 1 July 2011

garam.

"orang tua banyak makan garam.
orang muda banyak makan GUDANG GARAM."

sebab itu,
orang tua darah tinggi.
orang muda, sesak nafas, sesak dada,
sesak pemikiran.

not to blame anyone,
semua org buat silap.
*dont break my heart.

anak arab.

ahmad.

anak jiran tetangga.
umur 5 tahun.

aku serumah 6 gadis.
pada suatu hari,
ahmad datang bawak keropok 4 bungkus.

aku tanpa berfikir panjang,
ambik dan letak je dekat talam nak makan ramai ramai.


perbualan:

kak dila: ahmad, kenapa bagi 4 je, ktorg ada 6 orang?

ahmad: 3 orang, makan 2 keropok.

sumpah.
aku tak terfikir pun. -_-''
hampeh sungguh aku rasa.

*balik korek balik buku buku maths.


pengenalan.

okay. assalamualaikum.
macam biasa, 
waktu mula sekolah, mula kem, mula apa saja,
semua kena ada mukadimah.
belakang muka depan buku pun ada.

"pengenalan"

so, aku.
deeba zack.

bebel memang kerja tetap aku.
bahasa baiknya, suka berdebat
dan bersyarah tak tentu arah..
aku mempersoalkan apa saja yg 
tak jelas bagi aku.

motif,
akibat pertanyaan dari rakan rakan 
nak tengok blog aku.
so, this is for you.