Thursday 22 December 2011

Apa Politik.

biasa terlempar ke muka.
'apa perlu kau berpolitik?'
aku hujahkan kembali apa yang ku dengari
dalam ceramah siri ustaz azhar.

andai tanpa menjadi kerajaan boleh kau
betulkan kepincangan dalam masyarakat,
ya silakan,
tiada perlu bertanding kerusi.

andai yang membuat arak bermain judi itu kanak kanak,
bisa saja kau marahi tanpa menjadi kerajaan.
bisa saja kau tangani tanpa kepayahan.

namun realiti,
si kerajaan mengaut duit haram.
dengan rela tanpa akal.

dengan nafsu buta.
tanpa diingat dosa.

kita khalifah muka bumi,
bukan tiada makna terlahir di sini,
erti hidup pada memberi,
terus berbakti walau tergadai diri.

CELIK lah wahai anak muda!
bangun tegakkan agama!
hujungnya ada syurga.
akhirnya panjang bahagia. :)

Adam Adli

yes tahniah kepada beliau.
mahasiswa yang celik yang tidak bertopeng jahil.
punya alasan kukuh, pendirian tetap, usaha yang terus.

seorang yang vokal,
whats does that suppose to mean?
maknanya, bijak berkata kata mehujahkan idea.
membentangkan yang benar, menolak anasir celaka dunia.
menutup cerita jahil politik malaysia.

seteru harus terus tegar menegakkan kebenaran,
kerana janji bahagia telah Tuhan tetapkan.
aman dan tenteram bukan mahu hanya di dunia,
tapi sampai sana.

andai adam adli gagal kali ini,
akan terus bangkit pemuda yang lain,
yang celik akalnya,
tidak dipenuhi bodohnya pegangan 'sebangsa' 'semelayu',
apa kau punya agama?
wujudkah kata 'bangsa' dalam agama?
jangan berlagak pandai wahai celaka.
nescaya kau akan menjadi
orang yang sesat lagi menyesatkan.

Wednesday 14 December 2011

Bibir.

perkataan 'transformasi' dan 'revolusi' sememanganya wujud
sebagai kata kerja,
 atau kata nama?
bibir melontar keagungan janji merubah pahit realiti.
namun hanya menghidang perkara yang tak menepati,
serta manis janji yang tidak diingati.

bibir kau kata, manis ayat, itu bukti akal yang ligat,
namun pincang bila perkataan dan perbuatan tidak seiring.
ilmu yang kau ikrar setia untuk berpegang jadikan landasan,
kau jadikan alat meraih undi, melepas diri.
hasilnya mana? buktinya ada?
apa usahanya? 

persoalan yang ku bangkitkan bukan mahu merendahkan
atau menghina, tetapi lahir dari jiwa yang tanya,
mana kebenaran kata kata manusia?
mana lunturnya semua gunanya bahasa?

aku percaya bukan sengaja bahasa itu dicipta,
bila kau kata semut dan cacing pun ada gunanya, 
apatah lagi perkara lain.
jangan buta berbicara tanpa makna.

Aku maafkan kamu wahai katak melalak.