Monday 29 August 2011

VERSUS

selama ini hanya ku dengar,
kisahnya versus,
mencari U-turn ke pangkal jalan.

aku dengar sakit dan perit.
baru ku rasa kini seksanya jiwa.

the question is:
Being the old real or the fake new one?

sebenarnya nafsu mahu berfoya,
sedangkan si jiwa pula meronta,
bertanya mencari mana Tuhannya.

Allah still sayang aku,
dan sentiasa ingatkan aku,
untuk kembali kepadaNya. :)

alhamdulillah.

*semoga kita terus kekal dijalanNya. Ameen. :)

Friday 12 August 2011

sakit.

kesakitan buat kita kuat,
kepedihan buat kita sedar.

hidup di bumi bukan sekadar bersuka ria,
tetapi kembara mencari makna.

bila ujian datang melanda,
jangan terus berduka,
ingat bahawa ada dosa yang terpadam.

belajar bersabar seandainya gagal bersyukur.

*lesson learned.

Sunday 7 August 2011

kata.

deebazack bukanlah sapa sapa,
tapi dia tahu setiap bait yang dia bicara.

kepada siapa yang membaca
karya seni kaku aku ini,
sila jangan abaikan
 walaupun sepatah kata aku.

pasti hilang maknanya nanti.
ini yang dipanggil,
'every word counts'
okay?

* aku A. Samad Said wannabe.

setiap penyakit ada penawarnya.

tahu apa maksudnya?
pain comes will painkillers.

setiap hujan,
akan datang pelangi.

setiap sedih,
akan datang gembira.

konklusi,
bila sedih datang 
jangan endahkan sangat
kehadirannya,

INGAT,
gembira bakal menyusul! :)

*percaya pada Tuhan. 

Friday 5 August 2011

adaptasi.

betulnya,
adaptasikan kehidupan 
mengikut corak Islam.

kini jadinya,
adaptasikan Islam
bersesuaian dengan hidup.

Wednesday 3 August 2011

bangkai.

hikmah ramadhan.
pertama kali, kaki jejak
ke masjid utk terawih di bumi mesir.

baru aku sedar,
selama ini aku bernafas,
tapi hakikatnya roh aku mati,
jauh dari mengingati Ilahi.

makin sayu,
bila imam selingkan
dengan sedikit pesanan dalam arab,
yang tidak semua katanya mampu aku fahamkan,
tapi cukop,
buat aku sedar betapa bangkainya
 aku selama ini.

*cari cinta Ilahi, kembara tanpa henti.

bicara,

biasanya aku lancang bersuara,
bukan mahunya menegang derita,
tetapi menanya mana bahagia.

bukankah berkali Tuhan bekata,
bahagia itu sentiasa ada,
asalkan kuat iman di dada,
bukanlah pada kerasnya kata.