Thursday, 22 December 2011

Apa Politik.

biasa terlempar ke muka.
'apa perlu kau berpolitik?'
aku hujahkan kembali apa yang ku dengari
dalam ceramah siri ustaz azhar.

andai tanpa menjadi kerajaan boleh kau
betulkan kepincangan dalam masyarakat,
ya silakan,
tiada perlu bertanding kerusi.

andai yang membuat arak bermain judi itu kanak kanak,
bisa saja kau marahi tanpa menjadi kerajaan.
bisa saja kau tangani tanpa kepayahan.

namun realiti,
si kerajaan mengaut duit haram.
dengan rela tanpa akal.

dengan nafsu buta.
tanpa diingat dosa.

kita khalifah muka bumi,
bukan tiada makna terlahir di sini,
erti hidup pada memberi,
terus berbakti walau tergadai diri.

CELIK lah wahai anak muda!
bangun tegakkan agama!
hujungnya ada syurga.
akhirnya panjang bahagia. :)

No comments:

Post a Comment